Buat sahabat-sahabatku yang meninggalkan komentar di postingan, pasti langsung aku balas dengan komentar juga di postingan sahabat terima kasih...

Wednesday, March 4, 2009



Durian Merah Kalimantan Untuk Meningkatkan Kejantanan Pria

Ada yang sudah pernah makan duren merah?  
 
  Durian berdaging merah ini merupakan durian liar yang ditemukan di hutan Kalimantan. 
Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan menyengat. 
Yang membuatnya berbeda adalah warna dari daging buahnya yang berwarna merah dan kebanyakan durian ini dikonsumsi oleh burung. Denger-denger katanya lebih enak dari Durian biasa lho... Dan kelebihan durian ini, katanya rendah kolesterol dan bisa meningkatkan kejantanan pria.
  
Ayo siapa yang mau membuktikan.....

3 comments:

Anonymous said...

Mungkin jarang sekali kita dihidangkan dengan cerita durian hutan atau durian liar. Kalau mendengar sekalipun, jarang pula yang dapat melihat apatah lagi menikmati keenakkan isi dan baunya yang "tajam". Saya merasakan diri ini bertuah kerana membesar bersama-sama kehebatan durian ini. Saya sebenarnya lebih suka durian liar daripada durian biasa. Isinya liat dan ada pelbagai warna seperti kuning, oren dan merah. Kata orang durian ini dapat meningkatkan kejantanan seorang lelaki:)

Pada pemerhatian saya isinya tidaklah nipis sangat, baunya memang kow. Durinya halus, panjang dan lembut. Mengikut pengalaman saya, saya hanya kenal 2 jenis durian liar. Kami namakan durian ini Durian Daun dan Durian Sangka. Bunyinya macam pelik...tapi yang penting ia sedap. Durian daun ni buahnya kecil, puratanya hanya sebesar bola takraw sahaja. Manakala Durian Sangka sainya kecil sedikit dari bola tampar. Kedua-dunya mempunya isi yang berwarna kuning, berkulit hijau dan tangkai yang sangat pendek. Tapi malangnya saya tidak dapat menunjukkan gambarnya sebab sekarang bukan musim durian.

Sejujurnya, Durian Merah saya memang tidak pernah melihatnya apatah lagi merasanya. Saya tidak mahu bercerita tentang apa yang saya tidak pernah rasa dan lalui. Saya difahamkan durian ini bukan berasal dari Semananjung Malaysia.

Saya memang "hantu" bila jumpa durian liar ni. Kalau sedang mendaki bukit menuju ke dusun, memang lalu di sebelah pokok durian liar. Tiada siapa yang pedulikan ia bersepah-sepah di atas jalan. Kalau rasa nak makan saya terus kopek je atas jalan dan cekik kat situ je. Musim durian ibarat pesta dan meriah seperti sambutan hari raya. Semua sanak saudara berduyun-duyun pulang ke kampung. Kadangkala ada yang bergaduh sesama saudara hanya kerana berebutkan giliran menunggu durian. Itulah penangan durian.

Tapi itu dulu, semasa di alam persekolahan..tetapi kini segalanya hanya tinggal kenangan:( Semua pokok-pokok durian sudah tidak mahu berbuah seperti dahulu. Memang misteri... itulah kuasa Tuhan. Mungkin faktor cuaca atau.... hanya Tuhan yang mengetahuinya. (www.pakartani.com)

Anonymous said...

Terus terang saya baru tahu kalau ada durian merah ni.. Dikampung memang ada durian daun, tp macam pak cik cakap tu, buahnya kecil2 dan warnanyapun kuning biasa. Rasanya memang lebih manis sedikit dibanding durian yg biasa dijual dipasar buah.

Arlan Kamil said...

boleh juga tuh dibididayakan...mengapa belum ya

Post a Comment

About This Blog

...... Blog about computer, tips and trick, make money online, web and blog, news, book and movie reference, motivation, health, humor, my life, civil science

Recent Posts

Top Comentators

Widget by ateonsoft.com

Profile Author

My photo
I was a lecturer at the university in Surabaya, Indonesia. This blog is my appreciation of technology, knowledge, science, friendship and life

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP